_4 ur infoRmatiOn_

_lanGgaR toWn_, ...keDah daRuL peaCe..., Malaysia
...hidupku ini tidak lah seindah diriku... ...kesunyian ini terlalu indah... ...walopun pahit harusku telan... ...membina hidup islam yg sempurna dalam diriku... ...marilah bersama mengubahnya... TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Sabda Rasulallah S.A.W. " Tidak akan beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri ".

Thursday, April 17, 2008

sunyinya...

Alangkah sunyi dihati ini bila bunga dipetik orang ditaman.
Walaupun dijaga dan disiram dan akhirnya dijaga kembangnya.
Sang kumbang pun akhir merana kerana bunganya dipetik orang.
Bunganya tiada dua atau tiga.
Hanya satu sahaja bunganya.
Biarlah tersiksa dan merana diri sang kumbang.
Hatinya tidak akan pernah berubah.
Sang kumbang tetap menanti dan merindui bunganya yang dahulunya kembang.
Walaupun apa yang terjadi sang kumbang tetap menanti hingga keakhirnya.
Itulah janji sang kumbang kepada bunga itu.
Harap bunga itu mengerti dan paham betapa sayang dan cintanya sang kumbang kepada bunganya itu.



Sunday, April 6, 2008

HATI!!!

hati yang sedih xda sapa2 ketahuinya...
hanya ALLAH ja yang tahu hakikat kehidupan kita...
kepada sesiapa yang menyedihkan hati sesorang...
sudah la...
jagan menambah kesedihan hati nya...
sudah cukup tersiksa...
sudah cukup merana...
sudah cukup sakit...
sedarlah!!!
seriang-riang or segembira mana sesorang 2..,
tetap ada perasaan..,
tetap ada kesedihan...,
tetap ada kesakitan...,

kesedihan,kesakitan tidak akan ditunjuk dari reaksi wajah...
tetapi..,
semuanya ditanggung oleh diri sendiri..,
walopun sakit hati ini..,
hidup harus diteruskan untuk mencapai matlamat didunia..,
sambil mencari bekal untuk dibawa keakhirat..,
hentikanlah semuanya...

"Biar apa pun orang buat dekat kita,kita jangan membalasny"

bersabarlah..,
kebahagian akan menjelma jua nanti...


Saturday, April 5, 2008

......

Iman merupakan asas yang membawa kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.Iman manusia boleh bertambah dan berkurang.Kita sebagai umat islam yang hidup didunia ini haruslah mentaati perintah ALLAH supaya kita dapat menambahkan keimanan kita sebagai hambanya.

Sebagai umat islam,kita ditegah dari melakukan perkara yang boleh mendatang kemudaratan kepada kita.Sesungguhnya kita adalah hamba ALLAH yang dicipta dengan sebaik-baik kejadian untuk menjadi khalifah didunia ini.Kita diberikan akal dan fikiran untuk kita berfikir dan melaksanakan tuntutan agama.JAnganlah terlalu leka dengan dunia kerana kehidupan didunia tidak kekal sebaliknya kehidupan diakhirat nanti yang kekal abadi.

Sekian...

ingatlah wahai lelaki...

Daripada Abu Hurairah bahawa nabi telah bersabda:

Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya berbahagialah kamu.

...sabda rasulallah...

Daripada Abu Hurairahbahawa rasulallah bersabda:

Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.

HADITH...

daripada abu hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda:

Dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak melihatnya.Golongan orang yang memegang cemati menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia ,golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangan kepada lelaki,kepalanya(rambutnya) seperti bonggol unta,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian,demikian.

Thursday, April 3, 2008

BERSABARLAH...

kepada semua...

Sebagai insan yang dicipta ALLAH kita haruslah tunduk kepadanya...kita sebagai umat Nabi Muhammad perlulah mengikut sunnahnya supaya hidup kita didunia dan juga diakhirat lebih tenang dan bahagia...semoga kita juga akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak dan bersama orang-orang yang beriman...kita lah yang akan mencorakkan diri kita...samaada baiknya atau buruknya...setiap manusia akan melakukan kesalahan dan kesalahan-kesalahan itu lah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih berguna untuk menempuh hari-hari yang mendatang...bersabar lah...kebahagiaan akan datang juga nanti...

Sesunguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar dan selalu menguji orang-orang beriman supaya orang-orang yang beriman ni lebih bertakwa kepadaNYA...marilah kita menambahkan ketakwaan kita kepada ALLAH...