_4 ur infoRmatiOn_

_lanGgaR toWn_, ...keDah daRuL peaCe..., Malaysia
...hidupku ini tidak lah seindah diriku... ...kesunyian ini terlalu indah... ...walopun pahit harusku telan... ...membina hidup islam yg sempurna dalam diriku... ...marilah bersama mengubahnya... TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Sabda Rasulallah S.A.W. " Tidak akan beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri ".

Saturday, April 5, 2008

......

Iman merupakan asas yang membawa kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.Iman manusia boleh bertambah dan berkurang.Kita sebagai umat islam yang hidup didunia ini haruslah mentaati perintah ALLAH supaya kita dapat menambahkan keimanan kita sebagai hambanya.

Sebagai umat islam,kita ditegah dari melakukan perkara yang boleh mendatang kemudaratan kepada kita.Sesungguhnya kita adalah hamba ALLAH yang dicipta dengan sebaik-baik kejadian untuk menjadi khalifah didunia ini.Kita diberikan akal dan fikiran untuk kita berfikir dan melaksanakan tuntutan agama.JAnganlah terlalu leka dengan dunia kerana kehidupan didunia tidak kekal sebaliknya kehidupan diakhirat nanti yang kekal abadi.

Sekian...

ingatlah wahai lelaki...

Daripada Abu Hurairah bahawa nabi telah bersabda:

Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya berbahagialah kamu.

...sabda rasulallah...

Daripada Abu Hurairahbahawa rasulallah bersabda:

Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.

HADITH...

daripada abu hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda:

Dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak melihatnya.Golongan orang yang memegang cemati menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia ,golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangan kepada lelaki,kepalanya(rambutnya) seperti bonggol unta,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian,demikian.